Bestnyee kan kalau dapat ukuran lilit pinggang bak ratu KERENGGA? Senyum manis memancar kat cermin, terpantul masuk ke hati. Ohhh indahnya doniaa.
Nak tips & resepi jamu pinggang ramping bak kerengga homemade viral tak? Jommm kaktop share. Macam biasa bahan2 semua ada kat dapur tu je ha.
Bahan-bahan:
Halia 3cm
Halba 3 sudu
Lada hitam 15 biji
Bawang putih 3 ulas
Cara buat:
1. Tumbuk halba sampai hancur.
2. Bila hancur masukkan halia & bawang putih. Tumbuk dan kemudian masukkan lada hitam. (tumbuk sampai lumat)
3. Ambil dan bentukkan bulat-bulat kecil, selepas itu anda boleh keringkan dan simpan dalam bekas.
Cara makan:
1. Makan 2 biji hingga 4 biji setiap hari ikut ketahanan badan.
Khasiat:
~Mengempiskan perut buncit & menggeleber slps bersalin
~Membuang angin degil dalam badan
~Menghilangkan lemak-lemak degil
~Memberi kecergasan yang optimum
~Memberi rasa kenyang wowww
Try buat tau. Pasti korang melompat-lompat dengan hasilnya.
#Sharejikabermanfaat
#JTTMtipsmudahkaktop
No comments:
Post a Comment