Thursday, May 25, 2017

5 KESILAPAN MENCUCI WAJAH ANDA !

Wow bersihnya muka..kulit bermiyak cuci, kulit kusam cuci, kulit kotor cuci. Amboi ulang alik pulak mencuci muka disebabkan rimas dengan keadaan kulit wajah. Namun, walaupun setiap hari mencuci muka ia tidak menjanjikan apa-apa terutamanya kepada yang mengidam kulit muka yang segar dan licin, TAPI perlu diingat tau, jika teknik cucian yang kamu lakukan itu tidak betul dan kena dengan caranya ia akan menyelesaikan masalah kulit tau.!

Sebelum kita ulangi kesalahan ketika mencuci muka, jom kita lihat kesalahan  yang sering dilakukan ketika mencuci muka!



1.  MENCUCI DALAM KEADAAN TERGESA-GESA
Ya, memanglah mencuci muka adakalanya nampak remeh dan terlampau mudah untuk di lakukan. Tetapi, ia sebenarnya sangat penting. Sikap terburu-buru ketika mencuci muka boleh menyebabkan kotoran di muka tidak hilang sepenuhnya. Apa kata ambil sedikit waktu dalam masa 2-3minit untuk memanjakan kulit muka dengan urutan lembut jari jemari. Cuci cuci barulah cuci..... amacam?

2.  MENGGUNAKAN AIR YANG TERLALU PANAS
Ha ada yang selalu buat tak?? Ada yang berpendapat membilas muka menggunakan air suam adalah sesuatu yang bagus untuk kesihatan kulit. Namun itu tidak bermaksud kamu perlu menggunakan air yang masih panas berasap. ini akan menyebabkan kulit kemerahan dan silap haribulan ada juga kulit yang melecur. Ohhhh tidakkkkkk....

3.   KESALAHAN MENGGUNAKAN PRODUK PENCUCI MUKA
Ha nie suka! Tidak semua produk yang ada di pasaran sesuai di pakai kerana kulit kita mempunyai pelbagai jenis jenis kulit. Oleh itu, pastikan produk yang kamu pakai benar-benar bersesuaian dan memberi kesan positif pada kamu! Seeloknya carilah pencuci yang mempunyai kandungan susu  dan dihasilkan dari bahan semulajadi yang boleh mengekalkan kelembapan kulit di wajah. jadi AQUATIC SOAP AUOLIYA PILIHAN YANG TEPAT..meh cuba!!!

4. TIDAK MEMAKAI PELEMBAP KULIT SELEPAS MENCUCI
Bercakap tentang kelembapan kulit, kamu perlu memakai krim pelembap di wajah selepas mencuci muka. Oleh itu, belilah krim pelembap yang bersesuaian dengan jenis kulit agar ia memberi kebaikan pada kulit. Wajah akan bertambah2 lembab...

5.   TERLEBIH GUNA ‘WIPES’
Fungsi utama wipe adalah menghilangkan segala kotoran yang melekat di kulit wajah tambah-tambah yang sering bersolek tu. Namun, jika terlalu kerap menggunakan tisu basah ini kulit muka kamu boleh mengering dan besar kemungkinan akan memberi kesan yang tidak baik. Cuci bersih  selepas wipes kulit wajah agar kulit wajah sentiasa sihat dan segar sepanjang hari. Aduh nyamanya....

No comments:

Post a Comment

5 KHASIAT EPAL HIJAU UNTUK KULIT WAJAH

Epal hijau, buah yang kaya akan vitamin C. Selain itu,ia juga mengandung vitamin A, vitamin B, dan berbagai mineral penting seperti zat ...